BAB 1:
PERBANKAN DAN INSTITUSI
KEWANGAN LAIN
SISTEM
PERBANKAN KONVENSIONAL
-
Sistem perbankan British yang diubahsuai
mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia
(BNM)
-
Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan
CIRI
PERBANKAN KONVENSIONAL
1.
Beri faedah atas simpanan
2.
Kenakan faedah atas pinjaman
3.
Buat pelaburan
4.
Utamakan keuntungan
SISTEM
PERBANKAN ISLAM
-
Berlandaskan prinsip Islam
-
Tiada amalan riba dan faedah
PERBEZAAN
SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL (SPK) DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM (SPI)
|
SPK
|
SPI
|
|
- Mengandungi unsur riba
|
-
Mengharamkan unsur riba
|
|
- Tertakluk kepada peraturan BNM
|
-
Tertakluk kepada peraturan BNM dan
hukum syarak
|
|
- Bebas melabur dalam semua sektor
termasuk perjudian
|
- Melabur hanya di tempat halal /tidak
Meragukan
|
|
- Penasihat
terdiri daripada pakar
perbankan konvensional sahaja
|
- Penasihat terdiri daripada ulama,ahli
akademik dan pakar perbankan Islam
|
JENIS
BANK
1.
Bank pusat
2.
Bank perdagangan dan Bank Islam
3.
Bank Saudagar
4.
Bank Badan Berkanun
5.
Bank Koperasi
FUNGSI BANK NEGARA MALAYSIA
1.
Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara
-
wang kertas dan syiling
-
kawal kiriman wang ke luar Negara
2.
Menjadi jurubank kepada kerajaan
-
sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan
-
sebagai penasihat pelaburan kerajaan
-
jual bil perbendaharaan / surat jaminan
kerajaan
3.
Laksanakan dasar kewangan kerajaan
-
awasi tahap kredit
-
tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah
tunai
4.
Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
-
sumber pinjaman terakhir
FUNGSI
BANK PERDAGANGAN
1.
Terima simpanan - akaun simpanan / tetap/
semasa
2.
Beri kemudahan pembiayaan – pinjaman /
overdraf
3.
Beri kemudahan pembayaran – pindahan kredit /
arahan tetap
4.
Beri
perkhidmatan lain – kad kredit / peti simpanan selamat
FUNGSI
BANK SAUDAGAR
1.
Terima simpanan dari syarikat besar
2.
Beri pinjaman
3.
Beri khidmat nasihat korporat
4.
Urus pelaburan syarikat berhad
5.
Tangung jamin terbitan syer
FUNGSI
BANK BADAN BERKANUN
1.
Bank Simpanan Nasional
-
Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
-
Beri pinjaman – untuk beli rumah/kereta
-
Tawar kad kredit – kad Visa Klasik /Kad Visa
Emas
-
Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun
simpanan Wadiah
2.
Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Berhad
-
Biaya aset tetap - tanah / bangunan
-
Biaya modal kerja – beli bahan mentah/stok
barang niaga
-
Sedia skim kilang bimbingan – beri modal /
khidmat nasihat
-
Sedia tabung usahawan baru – bagi sektor
pembuatan/pelancongan
-
Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan
Sederhana (IKS)
3.
Bank Pertanian Malaysia
-
Beri pinjaman – beli tanah/ mesin
-
Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
-
Beri kemudahan sewa jentera
-
Anjur kursus / latihan kepada usahawan
bumiputera
FUNGSI
BANK KOPERASI
1.
Terima simpanan
2.
Beri pinjaman
3.
Tawar perkhidmatan perbankan Islam
BANK ISLAM
-
Bank Islam berdasarkan hukum Islam dan
peraturan syariah.
-
Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia
Berhad (BIBM) dan Bank Muamalat Berhad.
-
tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983.
-
Ciri iaitu;
·
Riba iaitu bunga atau faedah tidak dibenarkan
·
Mudharabah dan musyarakah (amalkan konsep
perkongsian untung rugi)
·
Maisir iaitu perjudian tidak dibenarkan
-
ada tiga konsep:
·
Wadiah
·
Mudharabah
·
Musyarakah
PERKHIDMATAN
BANK PERDAGANGAN
1.
Menerima simpanan
(a)
Akaun Simpanan
-
amaun
simpanan yang kecil
-
boleh keluar bila-bila masa
-
dapat faedah
-
dapat kemudahan kad teller automatik
(b)
Akaun Semasa
-
Sesuai dibuka oleh peniaga
-
Dapat
guna cek
-
Tidak dapat faedah
-
Perkhidmatan dikenakan caj
-
Boleh dapat kemudahan lain seperti overdraf
/pindahan kredit
(c)
Akaun Simpanan tetap
-
Simpanan mengikut tempoh – 3 bulan/ 6bulan
-
Simpanan minimum ditetapkan oleh bank
-
Kadar faedah
lebih tinggi dari Akaun Simpanan dan ikut tempoh
-
Bank beri sijil simpanan tetap – tidak boleh
pindah milik tetapi boleh dicagar
2.
Kemudahan Pembayaran
(a)
Pindahan kredit
-
Bayaran terus ke akaun penerima
-
Boleh
bayar kepada beberapa penerima dengan guna sekeping cek
-
Sesuai untuk bayar gaji / jelaskan hutang
-
Selamat dari risiko kehilangan cek / cek tak
laku
-
Hanya sesuai untuk penerima yang ada
akaun di bank
(b)
Arahan tetap
-
Arahan bertulis oleh pemegang akaun kepada bank
-
Untuk bayaran
tetap /berkala seperti sewa /
insurans
-
Dapat bayar secara konsisten / tepat masa
-
Tidak perlu ingat tarikh bayaran
-
Elak dikenakan surat peringatan tidak
membayar hutang
(c)
Pindahan elektronik/ telegraf /
mel
i. Pindahan elektronik
-
cara membayar paling pantas
- wang boleh dipindahkan dari akaun pelanggan
kepada akaun pemiutang di mana-mana
bank secara on-line / guna kad ATM
ii. Pindahan
telegraf
-
Cara bayaran
pantas ke luar Negara
-
Bank arah bayaran dibuat melalui teleks ke cawangannya di luar Negara
-
Pelanggan dikenakan komisen/caj
iii. Pindahan mel
-
Sama seperti pindahan telegraf, cuma arahan
dihantar melalui mel
(d) Draf
Bank
-
Cek yang dikeluarkan oleh bank atas
permintaan pelanggan
-
Untuk bayar hutang/bil tertentu
-
Bayaran
terjamin
-
Draf bank boleh dipalang- tidak boleh ditunai
tetapi mesti didepositkan dalam akaun
penerima
(e) Cek
Jurubank
-
Dikenali sebagai perintah juruwang
-
Perintah yang dikeluarkan oleh bank atas
arahan pelanggan untuk bayaran tertentu
kepada penerima dalam daerah yang sama
-
Kena bayar komisen
-
Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang
besar
-
Cara bayaran yang meyakinkan penerima
3. Kemudahan Pembiayaan
(a) Pinjaman
- Wang yang dipinjam oleh
bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat
- Contoh: pinjaman untuk
beli tanah/ bangunan
- Kelulusan berdasarkan
nilai cagaran/kemampuan bayar balik
- Dikenakan faedah
-
Faedah atas pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman/cagaran
- Dua bentuk pinjaman : Pinjaman bercagar dan
Pinjaman tidak bercagar
- Pinjaman bercagar – ada cagaran yang
nilainya lebih tinggi dari nilai pinjaman seperti geran tanah /geran rumah
- Pinjaman tidak bercagar – tiada cagaran
hanya bergantung kepada kepercayaan bank dan pihak penjamin
(b) Overdraf
- Satu bentuk wang pendahuluan
- Cara mudah/segera pinjam wang dari bank
oleh pemegang akaun semasa
- Boleh keluarkan wang lebih dari jumlah yang
ada dalam akaunnya
- Faedah dikenakan terhadap amaun overdraf
yang digunakan mengikut kadar harian
FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENDAPAT PINJAMAN DAN OVERDRAF
i. Tujuan pinjaman / overdraf
-
mesti sesuai dengan syarat bank/ perlaburan yang berpotensi
ii. Kedudukan kewangan
- baik/boleh dipercayai
iii. Nilai cagaran
-
mesti lebih tinggi daripada jumlah pinjaman
iv. Dasar
bank pusat
- Utamakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
4. Perkhidmatan Lain
(a) Kad Kredit
- sejenis
kad yang bolehkan pemiliknya membeli-belah tanpa wang tunai
- pemilik kad berhutang dengan
pihak bank
-
dikenakan caj perkhidmatan
-
boleh juga digunakan untuk bayar sewa hotel /
tempah tiket penerbangan
(b) Peti simpanan selamat
- Untuk simpan barang berharga
seperti barang kemas/geran tanah
- Dikenakan caj
(c) Perbankan elektronik (e-banking)
- Urusniaga melalui komputer
peribadi/telefon bimbit
- pantas/mudah/ jimatkan kos
(d) Tukaran
mata wang asing
- contoh: Ringgit Malaysia tukar kepada Yen Jepun
(e)
Cek Kembara
-
dijual kepada pelanggan yang
hendak ke luar negara
-
tidak perlu bawa wang dengan
banyak/ elak risiko kecurian
-
dijual dalam mata wang Dolar
Amerika / Yen Jepun
-
boleh ditunai serta-merta /di mana-mana cawangan bank di negara asing
(f)
Jaminan jurubank
-
Jaminan bank kepada pihak
tertentu bahawa bank akan membayar
segala hutang pelanggannya jika
pelanggannya tidak siapkan projek /
jelaskan hutang
-
Perlu beri deposit kepada bank untuk dapatkan
jaminan
- Deposit
ini akan digunakan oleh bank untuk membayar hutang jika pelanggan tidak dapat
siapkan projek
(g)
Perbankan Islam
- Terima
simpanan - Akaun Simpanan Wadiah/Akaun Semasa Wadiah/Akaun Pelaburan Mudharabah
- Beri
kemudahan pembiayaan – Ijarah / Al Rahnu
CEK
Maksud Cek
-
Dokumen perintah bertulis
-
oleh penyimpan akaun semasa
-
kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk
membuat bayaran
-
sejumlah wang tertentu
-
pada tarikh tertentu
-
kepada menerima atau pembawa cek apabila
dituntut.
Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek
·
Pesuruh bayar - bank yang mengeluarkan cek
·
Penyuruh bayar - orang
/ pihak yang menandatangani cek
·
Penerima - orang / pihak yang menerima
bayaran
[orang / pihak yang namanya tercatat pada cek]
Jenis Cek
-
terdapat dua jenis iaitu;
·
cek terbuka
·
cek berpalang
Contoh Cek dan Maklumat dalam Cek
Perkataan “atau pembawa”
Alamat
Bank Nama Bank
telah dibayar Kod
bank Tarikh
![]() |
Kod
Urusniaga
Nombor
cek Jumlah dalam
Nama penerima perkataan Tanda tangan
Kod
Bank Nombor
akaun penyuruhbayar
penyuruh bayar
Jumlah dalam angka
Cek Terbuka
-
ada dua jenis iaitu;
·
Cek Pembawa
-
ada perkataan “atau pembawa” yang tidak
dipotong
-
cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank oleh
penerima atau sesiapa sahaja
-
nama penerima boleh diganti dengan
perkataan “Tunai”
-
cek ini tidak selamat
·
Cek Perintah
-
perkataan “atau pembawa” telah dipotong
-
boleh ditunaikan oleh penerima di kaunter
bank dengan menunjukkan kad pengenalan
-
boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima
-
masih kurang selamat
Cek Berpalang
-
cek yang mempunyai dua garisan selari
melintangi permukaannya sama ada ditengah-tengah atau di penjuru atas sebelah
kiri
-
cek tidak boleh ditunaikan di kaunter bank
-
mesti dimasukkan ke dalam akaun bank
-
cek ini lebih selamat
-
ada tiga jenis iaitu;
·
Cek Berpalang Am
- ada 3 jenis iaitu dalam palang;
à tidak
ditulis dengan sebarang perkataan
à ada
perkataan “& Co.”
à ada perkataan “Tak Boleh Niaga”
à tidak boleh dipindah milik
·
Cek Berpalang Khas
-
penerima cek mesti memasukkan cek ini ke
dalam akaun bank yang dinyatakan dalam palang
-
contoh:
·
jika dalam palang ada tulis “Maybank”
à penerima
cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya di mana-mana cawangan
Maybank
·
jika dalam palang ada tulis “Maybank , Tapah”
à penerima cek / sidibayar mesti
masukkan cek ini ke dalam akaunnya hanya di Maybank Tapah.
Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang
|
CEK
TERBUKA
|
CEK
BERPALANG
|
|
1. Tiada garisan selari pada muka cek
|
1.
Ada dua garisan selari pada muka cek
|
|
2. Boleh ditunaikan dikaunter bank
|
2.
Mesti didepositkan dalam akaun
|
|
3.
Tidak selamat
|
3.
Selamat kerana cek boleh ditahan pembayaran
|
Sebab Cek Berpalang dibuat
-
Penyuruh bayar tidak mahu cek itu ditunaikan
-
Cek hendak dimasukkan kedalam akaun bank
tertentu
-
Untuk menjadikan cek lebih selamat
-
Apabila penerima tidak mahu cek terbuka
Kelebihan Cek sebagai alat pembayaran
-
Mudah digunakan kerana boleh guna untuk
sebarang nilai
-
Tidak perlu mengira wang tunai
-
Boleh dihantar melalui pos
-
Selamat
kerana tidak perlu membawa wang tunai
-
Selamat digunakan kerana telah berpalang /
elak risiko kecurian
-
Sebagai bukti pembayaran
-
Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan
cek bertarikh hadapan
-
Murah jika dibandingkan dengan cara bayaran
lain
-
Boleh batalkan pembayaran
Kekurangan Cek sebagai alat pembayaran
-
Cek bukan wang sah
hanya boleh digunakan jika penerima mahu
menerimanya
-
Lambatkan proses terima wang
penerima cek terima wang bila cek telah
ddijelaskan
-
Penerima cek perlu bayar komisen
-
Boleh berlakunya penipuan / pemalsuan
kerana butir dalam cek boleh dicetak / tanda
tangan boleh ditiru
-
Penerima cek terima cek tak layan
hutang tidak dapat dikutip / peniaga rugi
Lain-lain Jenis Cek
Cek Bertarikh Hadapan
-
cek yang ditulis dengan tarikh akan
datang
-
contoh: cek dikeluarkan pada 7.1.2004
tetapi ditulis dengan tarikh 31.1.2004
-
penerima akan hanya terima bayaran pada atau
selepas tarikh matang
-
dalam contoh di atas penerima akan hanya
menerima bayaran pada atau selepas 31.12.2004
-
sebelum tarikh matang, cek ini menjadi cek
tak laku
Cek Mati
-
cek yang tempoh pembayarannya telah tamat
-
biasanya cek bank perdagangan laku dalam
tempoh 6 bulan manakala cek Bank Negara laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh
cek dikeluarkan
-
contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada
1.1.2004 akan menjadi cek mati mulai pada
1.4.2004
Cek Dalaman
-
cek yang
dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank yang sama
dengan penyuruh bayar
-
cek boleh ditunaikan serta merta dikaunter
bank
Cek Bertanda
-
penerima cek dijamin akan menerima bayaran
sehingga tarikh tertentu
-
perkataan “Baik untuk pembayaran sehingga ………..” akan ditulis pada muka cek
-
contoh: “Baik untuk pembayaran sehingga
3.3.2002” [penerima cek dijamin akan
mendapat bayaran sehingga tarikh 3.3.2002]
Cek Kosong
-
cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap
dan ditanda tangani KECUALI amaun jumlah dalam perkataan dan angka
-
cek ini digunakan apabila penyuruh bayar
tidak tahu jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada sidibayar
-
sebagai langkah keselamatan, perkataan “tidak
melebihi RM…….” akan ditulis pada cek
Cek Tak laku
-
cek yang tidak diterima oleh bank untuk
pembayaran
-
sebab cek menjadi cek tak laku:
·
cek bertarikh hadapan
·
cek kotor/rosak/koyak
·
cek kosong
·
cek mati
·
jumlah dalam angka dan perkataan tak sama
·
baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup
·
penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum
cek ditunaikan
·
tiada tanda tangan penyuruh bayar
·
penyuruh bayar membatalkan cek yang
dikeluarkan
·
tanda tangan pada cek tidak sama dengan kad
contoh tandatangan
Kebaikan Cek berbanding Kad Kredit
-
Cek mudah digunakan kerana
tidak mengunakan alat teknikal
manakala Kad kredit perlukan alat khas
atau untuk perniagaan tertentu sahaja.
-
Cek boleh digunakan pada
bila-bila masa tanpa mengikut waktu perniagaan
manakala Kad kredit mengikut waktu
perniagaan
-
Cek tidak ada had jumlah
kerana tidak ada kredit limit
manakala Kad kredit ada kedit limit
yang berdasarkan pendapatan pemilik
-
Cek selamat digunakan
kerana boleh dipalang atau boleh ditahan pembayarannya
manakala Kad kredit tidak boleh
dibatalkan
-
Cek boleh keluar cek lewat
tarikh dan dapat kredit tanpa caj
manakala Kad kredit kena caj.
Kebaikan Cek Kembara Berbanding Cek
-
Cek Kembara boleh ditunaikan
dimana-mana bank di luar negeri
manakala Cek hanya boleh ditunai
sekiranya bank (pesuruhbayar) mempunyai cawangan di luar negeri.
-
Cek Kembara diterima oleh pelbagai
pihak selain bank
kerana terjamin pembayarannya
oleh itu boleh ditunai bila-bila masa
manakala Cek hanya di terima pihak
bank sahaja
dan boleh ditunai pada waktu pejabat sahaja.
-
Cek Kembara mudah
ditunaikan/serta merta
manakala Cek perlu tempoh penjelasan/lambat
-
Cek Kembara laku sepanjang masa
manakala Cek mempunyai had tempoh
lakunya/contoh 3 bulan
Sumber Kewangan Lain
Syarikat Kewangan
-
tidak menyediakan akaun semasa
-
perkhidmatan yang disediakan;
·
Menerima simpanan
dalam bentuk akaun simpanan dan akaun
simpanan tetap
·
Membiayai / memberi pinjaman peribadi ,
pinjaman perumahan dan pinjaman sewa beli
·
Menyewakan aset / menyediakan pajakan
dalam bentuk bangunan / ruangan pejabat
·
Melabur dalam pasaran kewangan dan perniagaan
·
Pembiayaan pajakan , projek perumahan dan
pelaburan individu
- contoh: Public Finance , Maybank Finance
Syarikat Pajakan
-
Perjanjian antara syarikat pajak dengan
pemajak bagi menyewa satu aset tertentu yang diperolehi daripada penjual
-
pemajak perlu membayar sewa sepanjang tempoh
pajakan
-
sepanjang tempoh pajakan / sewaan, aset
(mesin) itu adalah kepunyaaan syarikat pajakan.
-
contoh aset yang biasa dipajak seperti mesin,
kenderaan dan premis
-
contoh syarikat pajakan : Sunsea Credit & Leasing Sdn. Bhd.
-
kebaikan:
·
dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan
modal
·
boleh mendapatkan aset tanpa cagaran
·
merupakan satu sumber modal tambahan
·
mengurangkan pembayaran cukai
Syarikat Pemfaktoran
-
peniaga boleh menjual akaun belum terimanya /
invois kepada syarikat pemfaktoran / bank
untuk mendapatkan wang tunai dengan segera
-
jumlah wang tunai yang diterima oleh peniaga
adalah jumlah nilai akaun belum terima / invois
setelah ditolak kadar faedah dan bayaran perkhidmatan antara 1 – 2
peratus atas nilai aset akaun belum terima / invois
-
contoh syarikat pemfaktoran : Public Leasing
and Factoring Sdn. Bhd.
-
kebaikan:
·
boleh mendapat wang tunai dengan segera
·
dapat mengelakkan risiko hutang lapuk
·
mengatasi masalah aliran tunai
·
tidak perlu lagi mengawasi akaun belum terima
Syarikat Jaminan Kredit Malaysia
-
milik bersama Bank Negara Malaysia dengan
semua bank perdagangan
-
ditubuhkan
untuk bantu peniaga kecil
mendapatkan pinjaman dari bank perdagangan
-
syarikat ini tidak beri pinjaman tetapi
bertindak memberi khidmat nasihat dan jaminan kepada pinjaman yang telah
diluluskan
-
peminjam boleh terdiri daripada individu,
perkongsian, syarikat sdn.bhd., koperasi dan pertubuhan
-
Kebaikan:
·
bank perdagangan tidak perlu risau risiko
hutang lapuk dari pinjaman
·
peminjam (peniaga) boleh dapat pinjaman tanpa
cagaran yang banyak




No comments:
Post a Comment